MUQADDIMAH

Akademi Pengurusan YaPEIM (Akademi), iaitu Institusi Milik Penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang ditubuhkan pada 16 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat 1965, sedang giat berusaha membangunkan Ilmu Pengurusan Islami sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun dan praktikal. Inisiatif membangun Ilmu Pengurusan Islami dimulakan berasaskan kesedaran bahawa:-

  • Penelitian kerja itu harus dilaksanakan secara terancang, berasaskan disiplin tertentu dan dilaksanakan dengan penuh komitmen untuk mencapai tahap yang terbaik (cemerlang) dan fenomena kelesuan dan gambaran di sebaliknya masih wujud di negara ini khasnya dan dunia amnya.
  • Kesedaran mengenai Pengurusan berasaskan Islam telah mula mendapat tempat dalam kebanyakan sektor dalam masyarakat, sama ada di sektor awam mahupun sewasta, yang digerakkan oleh institusi pendidikan formal (institusi pengajian tinggi) mahu pun institusi separa formal (institusi latihan awam mahu pun swasta).
  • Perlunya kesedaran mengenai pengurusan berasaskan Islam diikuti dengan usaha yang lebih serius dan menyeluruh. Malah usaha seperti ini yang dilakukan oleh pihak tertentu ini boleh dianggap sebagai usaha awalan yang masih bersifat terpisah-pisah (tidak bersifat menyeluruh dan bersepadu) serta pada umumnya ia dilakukan berasaskan pendekatan perbandingan dengan Pengurusan Konvensional.